Halaman

Khamis, 15 Mei 2014

Bercuti di Miri - Brunei Part 1

Allamdulillah..
selamat kembali.. walaupun masa  balik tu naik flight mcm nyawa nak habis kat situ ja.. gara2 flight membelah awan dek kerana nak hujan... dah la time nak mendarat.. auwww mmg ngeri.. kalau tak mesti hari ni dah masuk paper utama.. perancangan Allah itu yang terbaik.. umur masih panjang Allahamdulillah
ok kat sini aku nak cerita pengalaman ke MIRI..
ke Miri jer pun.. masih dalam malaysia lagi.. tiada masalah bahasa.. tak mcm ke Krabi..
tapi persediaan tetap di buat.. bagi tak nak berpatah balik seperti pergi ke kundasang...so mcm biasa sebelum pergi baca sebanyak yang mungkin berkenaan miri..siap buat entry pasai miri  menarik di miri lagi
pergi sendiri baru tahu..lain orang lain pengalamannya..

Hari Pertama:

Naik flight di Penang.. Aa tak delay.. on time.. malah sampai miri lebih awal dalam 15 minit lebih awal.Dah sampai kami terus call kereta sewa. rupanya kereta sewa tu tengah tunggu kami.. yeaaa tak perlu tunggu lama.. Kalau nak ikutkan baca ramai yang sewa kereta guna simedarbycarrental sbb murah katanya.. tapi time nak sewa kereta yang ada ford fiesta ja.. dah la mahal.. nak naik 2 orang ja.. cc1.6 mmg makan minyak la.. nanti jadi mcm kat langkawi.. akhirnya terpaksa la google lagi..hasil google jumpa la. Just chating kat Fb ja. bagi aku layanan diorg mmg tip top la.. cepat ja reply.. So aku dapat Rm300 untuk 11hb 3 ptg hingga 14 may 8.30 pagi.. ok la kot harga ni kan.. kereta viva 1000c auto
kalau korang nak boleh rojer diorg.. servies tip top Kereta sewa miri.


PIc biz kard diorg



So apa lagi.. dah dapat kereta sewa jom.. mulakan perjalanan mengikut jadual.kami guna google map guna hp ja lah..
kalau ikut jadual aku first skali nak pergi Marina Bay- dia tempat yang ada kuda laut tu. replika tu.. ok..jalan punya jalan skali luak bay tu jalan sahaja.. biasa la google map ni kekadang mmg menipu sikit.. ok.. tak pa.. jom cari taman selera yang kata pemes makanan laut tu.. pun tak jumpa jugak.. pantai Luak Bay Esplanade  pun tak jumpa..  haiii... semua tak jumpa... last kami berpatah balik.... ikut firasat la pulak..

akhirnya..jumpa jugak pantai Luak Bay Esplanade.tak berhenti lalu saja.. heehhe sbb ramai orang. ramai org berkelah. yer la kami sampai ptg ahad. mmg hari untuk berehat.. tak pa la datang hari Selasa nanti la pulak.. ok la kat situ ada org jual2.. kalau kat tempat aku mcm kat kuala perlis tu.. tapi kuala perlis tu tak ada pantai...
kemudia kami ke Taman Selesa.. jalan dia mmg tak berapa perasan sangat.. sbb jalan nak masuk becak. ada pembinaan yg tengah beroperasi patut la masa awal lalu tu tak nampak...
sbb korang mmg tak akan perasan punya..

kononnya kat situ nak try mkn la..
tapi entah la.. kanda rasa was was pulak.. sbb tak tau status org jual tu.. dah la anjing berkeliaran banyak.. kalau dah was was halal pun jadi haram..so kami bergambar saja di situ..






dari taman Selera dekat pantai tu.. sebelah kanan tu korang akan nampak kuda laut tu.. aku mmg teruja nak pergi dah...nak pergi posing2.. so cepat2 nak pergi.. sbb dah jumpa..skali cari punya cari tak jumpa laluan.. aku pun pelik..first tu dah jumpa.. skali pak cik gat tu tak bagi masuk.. suruh kami lalu jalan lain.dia kata ini jalan untuk org nk naik kapal.. sampai last skali aku pun dah fedup.. sbb tak nak buang masa so kami teruskan perjalanan lagi untuk pergi ke canada hill..
jalan nak ke canada hill ni senang saja.Betul2 kat town.. bertentang dengan bintang Mall.








Kami terus cari Hotel. hotel yang di tempah melalui Agoda..
Hotel ni berbaloi dengan harga di bayar..tapi tempat mandi tu air dia mcm tersumbat.. sbb lambat bergerak.Wifi dia agak slow.. tapi ok la..dah ada wifi.. aku cari info pasai marina bay tu.. skali terjumpa satu blog  dia datang miri dis 2013. laluan nak ke situ sudah di tutup dan keadaan dia mcm tak di jaga...
ptot la berulang kali tak jumpa jalan nak masuk mmg jalan mmg di tutup dengan hutan..

Malam tu kami makan di Muara restoran berdekatan dgn hotel. Kami jalan kaki saja..sbb takot tak da parking..lagipun dekat saja..Lepas makan jalan kaki ke Bintang Mall.Kalau aku yang slalu masuk shoping MAll kat penang.. Bintang mall ni mcm tak dak apa benda pun.. boleh la.. ok la dari perlis.. hahahaha..
sempat layan air pancut kat bintang mall tu..
lepak sekejap.. pastu terus balik hotel..





                                              
               








Hari Pertama

Minyak - Rm50

Luak Bay- Lalu saja
Taman Selera- Bergambar 
Marina Bay- Tak jumpa.. lagipun dah tutup
Canada Hill- Bergambar. Muzuiem dah tutup
Bintang Mall- Cuci mata

Makan
Muara restoran- ikut cadangan bloger. Rm27
Nasi lalapan Ayam dan beef. bagi aku Beef lagi sedap.. 


Kamee ke Miri dan Brunei

Ini baru Miri-Brunei-Miri




Belum lagi pergi jauh.. pergi tempat yang tak ada masalah bahasa pulak tu kan.. apa-apa pun aku mmg buat perancangan. bila buat perancangan study peta.. so boleh jimat dari segi masa dan duit.. tak perlu berpatah balik.. seperti pergi ke kundasang ritu.. sbb perancangan main redah saja.. so tak sempat nak g pulau tu.Walaubagaipun kita hanya mampu merancang.Perancangan Allah juga yang lebih terbaik.. kan.!

ok lepas aku study habis dari blog blog mereka yang dah penah sampai..
kat sini aku nak syer itinerary aku ke Miri-Brunei-Miri. Plan asal nak g Brunei  terus.. tapi dek kerana lambat buat keputusan harga tiket flight pun dah naik. yang murah pun tarikh-tarikh yang tak bermakna.Tiket aku pergi ni tak la murah pun..tapi ok la jugak..sekurangnya dapat gak aku jejak ke Brunei. lagipun kami mmg plan nak bercuti untuk tarikh tu.tak kisalh la kemana pun.. janji dapat bercuti.. sbb ada cuti!

Meh kat sini aku itinerary ringkas
itinerary ke Miri dan Brunei

Hari Pertama
Luak Bay Esplanade- Bergambar
Taman Selera- Bergambar
Canada Hill-Bergambar
Bintang Mall - Cuci Mata


Hari Ke Dua
Masjid Omar 'Ali Saifuddien-Bergambar-Solat
Kampung Air- $40 dollar Brunei
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Shopping Complex-Cuci Mata
Gadong Mall-Cuci Mata
Pasar Gadong-Mcm pasar malam

Hari Ke Tiga
Tamu kianggeh- Cuci mata.. tempat jual sayur ja
Istana Nurul Iman-Bergambar depan pagar
Gua Niah- Rm10, Sampan rm1
Pantai Luak Bay Esplande- Bergambar.

Hari Ke 4
Balik Penang

Kos Perbelanjaan sebelum pergi
Flight laki bini beg 15kg - Rm366
Hotel Miri Mcitty inn  Rm86.42
Hotel Brunei   Rm 203.98
Hotel Miri Walk in Rm90.00
Kereta Sewa Viva Auto Rm300


Tempat Makan popular di Miri

Muara restoren 
ada dua cawangan, pertama di Jalan Sri dagang satu derek dengan siti payung
ke dua Jalan North Yu Seng 

Mee Jawa Tulang
beroperasi waktu pagi  dari jam 7.30 hingga tengah hari kalau tak silap
berada di Pulau melayu. google Map Pulau Melayu.

Mee Kolok Awang Mahyan Cafe
Jalan Daisy
bertentang dengan CIMB dekat jalan Pemaisuri.
Pandai2 la korang carik.. hahaha... 
Mee Kolok dia sedap tak rasa kicap sangat.. mee kenyal..
Malam Beroperasi

Laksa Sarawak Hani Cafe
malam tidak beropersi.
tak sempat mkn sbb kedai dah tutup. kedai dia mmg susah cari sbb signborn nama kedai dah turun warna.. 
kalau nak cari guna google map cari jalan Fragrans

Pengalaman hari pertama klik sini

  



Ahad, 27 April 2014

Lokasi Menarik di MIRI

Miri???

Apa yang menarik dengan Miri..dok cari info cakap miri.. tak ada apa yang menarik.. biasa-biasa saja..tapi bila sampai ke miri.. jangan lupa bawak pasport boleh pergi ke Brunie..
tapi kalau Aa tu buat promosi murah...apasalahnya ke miri kan..melawat.. tgk negeri orang,kehidupan.apa guna kerja penat - penat kalau tak bagi reward untuk diri sendiri.entahlah mcm aku lepas kawen ni macam tak dak nafsu nak shoping barang  mcm kasut handbag baju.. perfume n bla bla bla.. yer la duit tak banyak mana so tak mampu la nak miliki semua.. kena ada la kos lepas..skrg ni aku asyik bukak web airlines ja.. tak pa lah itu hak masing-masing.. yang peting anda happy tak gitu..

ok berbalik kepada lokasi menarik di Miri..
kiranya kalau sampai ke miri.. korang mesti kena sampai sini...
so itu baru boleh sahkan anda dah sampai miri...

tengok peta tu.. dekat ja miri dengan brunei kan.. 





Taman Awam Miri


T

terletak tidak jauh daripada tengah bandaraya Miri, taman yang mempunyai rekabentuk lanskap menarik ini sangat sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga atau dijadikan tempat senaman ringan. Taman Awam Miri ini juga terdapat taman botanikal, menara peninjau, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak, astaka dan gerai makanan.Taman ni yang paling terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.Jadi kalau nak pergi tu.. kalau tak nak mandi lalu jambatan gantung tu jer la..


Miri City Fan 



Tempat yang sempurna untuk berjalan-jalan, berehat atau sekadar duduk pada waktu petang di taman ini yang telah memenangi anugerah kebangsaan taman awam City Fan yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya - taman yang kompleks dan berlanskap elegan, mempunyai taman-taman tema dan amfiteater terbuka. Disini anda juga boleh menyemak karya seni tempatan Sarawak di Perpustakaan Miri (Pustaka Miri) yang terletak di sebelah kanan.Jadi taman ni hanya lepak2 saja lah..taman ni di panggil fan sbb bentuk dia mcm kipas.. bukan kipas atas kepala tu.. tapi kipas tangan..heheeh


Canada Hill  

Pengangkutan adalah diperlukan untuk sampai ke sana, tetapi untuk sampai ke sini ia adalah sangat berbaloi. Bukit Kanada merupakan kawasan yang baik untuk memerhatikan keseluruhan Bandaraya Miri dan persisiran pantai dari pandangan atas. Anda juga boleh melihat telaga minyak yang pertama di Malaysia - "Grand Old Lady" - dan melawat Muzium Sains Petroleum yang betul-betul terletak di puncak bukit.Ramai org yang ke miri pasti akan pergi ke kanada hill. kira mcm tempat wajib la.. nama pun hill kan.. mesti best!



Luak Bay Esplanade 


Hanya 15 minit dari pusat Bandar Raya, ini adalah tempat yang hebat untuk anda barbeku bersama keluarga, berkelah di tepi pantai dan bersiar-siar santai di sekitar pantai. Terdapat banyak ruang letak kereta dan gerai-gerai minuman sejuk biasanya disediakan. Anda juga boleh pergi ke Luak Bay Esplanade dengan menaiki bas.kat mana2 negeri pasti kena pergi persisiran pantai kan...kat sini pun tempat wajib. tgk matahari terbenam lagi pun bukan kena bayar...!


Taman Selera 


Ini adalah merupakan taman rekreasi yang pertama di Bandaraya Miri dan ia masih sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Kira-kira 10 minit dari pusat Bandar Raya, Taman Selera merangkumi dermaga yang berisi tanah yang meluas menuju ke laut untuk pandangan yang berbeza di sekitar pesisir pantai Miri untuk matahari terbenam. Kemudahan yang disediakan adalah termasuk taman permainan kanak-kanak dan beberapa gerai makanan yang menyediakan anda pelbagai makanan laut. (Kakitangan hotel anda pasti akan membantu anda sebagai penunjuk arah dan atau keperluan dari segi pengangkutan).nama pun taman selera mesti da tempat makan-makan kan.

Manakala yang nak teroka hutan.. atau yang minat traking.. tak pun ada tenaga lebih. boleh la pergi taman negara.Rasanya kalau nak pergi mmg kena spend sekurangnya 1 hari.. baru la tak terkejar kejar kan!!


Picture
Taman Negara Loagan Bunut
"Tasik mengecil" ​ini diberi nama sebagai Loagan Bunut. Semasa musim kemarau (Februari hingga Jun), anda boleh berjalan memlalui lumpur kering di tasik ini yang juga merupakan tempat yang popular untuk melihat burung. Disini anda akan dapat melihat perubahan kegiatan kehidupan liar mengikut musim berlalu. Untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut ini, biasanya mengambil masa kira-kira 3 jam dan sangat sesuai jika anda menggunakan kenderaan pacuan empat roda. 


PictureTaman Negara Gunung Mulu
Jika anda bercadang untuk tinggal lebih lama di Miri, lebih elok sekiranya anda melawat tapak warisan dunia yang ssangat bernilai ini. Ia terkenal dengan kompleks gua yang mengagumkan, biodiversiti dan keindahan seluruh taman yang indah - yang juga termasuk puncak batu dan Skywalk Kanopi (terpanjang di dunia dan yang pertama menggunakan struktur berasaskan pokok). Taman Negara Gunung Mulu hanya memerlukan 25 minit penerbangan  dari Bandaraya Miri; penerbangan biasanya boleh didapati dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Panduan dan tempahan biasanya atur oleh pihak pengendali pelancongan.
Phak dan kakitangan hotel anda akan membantu anda untuk menghubungi pengendali pelancongan tempatan untuk membuat segala persiapan yang perlu untuk lawatan ke rumah panjang dan Taman Negara. Adalah disarankan supaya anda membawa kasut jalan yang selesa dan botol air yang mencukupi untuk melawati ke seluruh taman negara ini.


PictureTaman Negara Bukit Lambir
Jika anda berasa inginkan cabaran, adalah sesuai sekiranya anda ke sini dan berjalan di trek berjalan kaki dan serta mempunyai air terjun yang sejuk dalam salah satu hutan hujan di dunia yang biodiversiti. Hanya 30 minit pemanduan dari Pusat Bandar, Taman Negara Bukit Lambir. Disediakan tapak perkhemahan dan chalet sekiranya ingin bermalam (Bas Awam yang menuju ke Batu Niah dan Bintulu juga mudah di dapati yang melalui pintu depan Bukit Lambir).

PictureTaman Negara Niah
Merupakan tempat penting dalam sejarah tamadun manusia. Hanya 1 1/2 jam pemanduan dari bandar Miri, Taman Negara Niah merupakan salah satu tapak pra-sejarah yang paling penting di Asia Tenggara. Gua Niah mengandungi beberapa artifak purba dan lukisan batu yang dilukiskan pada dinding gua. Perjalanan bas berjadual ke taman ini juga ada disediakan.

Sekiranya anda juga ingin mengalami sendiri budaya unik asli Sarawak dan melihat kehidupan harian masyarakat asli tempatan, terdapat banyak rumah panjang berhampiran Bukit Lambir dan Niah yang anda boleh lawat.
sumber:
http://www.miricouncil.gov.my/



So rancang jadual perjalanan anda..kalau percutian yang pendek mmg akan ada kos lepas.
yang penting ikut kemahuan dan citarasa anda...

Jumaat, 18 April 2014

Redah Ke Hong Kong

Redah saja ke Hong Kong..
Berani kah aku??

ingat tak post yang lalu..
kami plan mahu ke hanoi..
seperti yang di janji. AA tidak akan menunggu anda..
harga tiket MAHAI.. padam muka.. so bulan mei tak payah ke mana2 duduk rumah diam2
jana pendapatan.. huk huk huk..
tilik punya tilik kalender dgn harga tiket AA..
last skali pilih untuk pergi HK..
Bulan 9 nanti.. tak pa lah alang ke palang.. sambunt 1 anniversary la kan.. hehehe..
Harga tiket 2 orang pergi balik RM 1186.00 
termasuk beg 20kg..
mungkin ada yang dapat lagi murah dari ni kan..
 punya la teruja nak beli tiket.. 
sampai aku boleh silap isi tarikh lahir kanda..
ahaks.... pitam... tak pe byk masa lagi..masih sempat boleh di tukar..
dan hingga ke hari ini aku masih belum selesaikan lagi kes ni.. heheeh
tak pe nanti aku selesai aku ajar mcm mana nak buat..


Bila tiket dah beli aku baru teringat nak tgk musim..
adoiii...sepatotnya tgk musim dulu sebelum beli..

meh kat sini aku nak syer info berkenaan cuaca dan musim di hong kong



SpringMusim Bunga (Mac ke Mei)
Suhu dan kelembapan meningkat. Waktu malam mungkin sejuk.
Suhu purata: 17⁰C - 26⁰C




SummerMusim Panas (Jun ke Ogos)
Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas.
Suhu Purata: 26⁰C - 31⁰C



AutumnMusim Luruh (September ke November)
Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.
Suhu purata: 19⁰C - 28⁰C



Winter
Musim Sejuk (Disember ke Februari)
Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.
hong kong tiada salji.
Suhu Purata: 12⁰C - 20⁰C
sumber: http://www.discoverhongkong.com/


Kami pergi masa musim luruh...
mungkin cuaca dia ala2 cameron kot tak pun macam kundasang kan...
selesai bab cuaca..
adoi byk lagi kena study..bab hotel..makan..jalan2 weee
kalau lulus g hong kong ni so leh pergi tempat lain pulak.

dulu masa sebelum g krabi tak study betul2 
mcm2 musibah yang melanda...
walauppun dok google byk  bloger yang dah pergi.kata hong kong senang ja... so
kami pun nak pergi jugak nak pergi tgk dan ambik pengalaman sendiri.. hehehe

skali melancong mesti nak melancong melancong dan melancong..weeee


Jumaat, 4 April 2014

Jom ke hanoi

Perasaan mahu bercuti lagi mmg membuak buak..
Lepas balik dari medan..
Still rasa nak g bercuti lagi..
Lepas tgk kalander..
Kanda pun ada cuti..
Apa lagi.. mula la check harga tiket..
Harga tiket 1 mei mahal la pulak..
2 mei murah la pulak..
Maklum la 1 mei satu dunia cuti gamaknya .

Ok la decide
2mei -5mei..
Satu bulan lagi untuk study..

8hb nanti kita beli tiket. .
Jom kita google ..
Kali ni nak pergi redah ja.. tak dak guna travel agent
So perlu banyak study ..weee
Hanoii tunggu kamee yerr...


Update 18 April 2014
percutian ni terpaksa di tunda.. sbb tiket AA sudah mahai..
tak per nanti AA buat promosi lagi kita pergi pulak yer



Jumaat, 14 Mac 2014

Percutian Medan

Percutian Bermula pada 8 March-11 March 2014

Wahh 
Banyak betul pengalaman bercuti di medan..
Nak cerita pun tak kesempatan lagi..
tapi mesti cerita sbb nak kongsi tips untuk anda 
berdasarkan pengalaman kamee... weee
kalau di beri peluang.. rasanya tak nak pergi dah..
tapi kalau semua di tanggung FREE  cuti pun banyak lagi.. boleh la kot nak pergi.. hehehe

Tunggu NExt entry kamee cerita na....

Isnin, 17 Februari 2014

Percutian Ke Melaka- Malaysia

Percutian
2 Feb-4 Feb 2014

Gedik..
Bercuti time raya cina.. jalan sesak... mmg cari pasai..
hahaha...tapi pergi atas urusan kerja sama.. sambil selam minum air so redha ja lah..