Halaman

Jumaat, 18 April 2014

Redah Ke Hong Kong

Redah saja ke Hong Kong..
Berani kah aku??

ingat tak post yang lalu..
kami plan mahu ke hanoi..
seperti yang di janji. AA tidak akan menunggu anda..
harga tiket MAHAI.. padam muka.. so bulan mei tak payah ke mana2 duduk rumah diam2
jana pendapatan.. huk huk huk..
tilik punya tilik kalender dgn harga tiket AA..
last skali pilih untuk pergi HK..
Bulan 9 nanti.. tak pa lah alang ke palang.. sambunt 1 anniversary la kan.. hehehe..
Harga tiket 2 orang pergi balik RM 1186.00 
termasuk beg 20kg..
mungkin ada yang dapat lagi murah dari ni kan..
 punya la teruja nak beli tiket.. 
sampai aku boleh silap isi tarikh lahir kanda..
ahaks.... pitam... tak pe byk masa lagi..masih sempat boleh di tukar..
dan hingga ke hari ini aku masih belum selesaikan lagi kes ni.. heheeh
tak pe nanti aku selesai aku ajar mcm mana nak buat..


Bila tiket dah beli aku baru teringat nak tgk musim..
adoiii...sepatotnya tgk musim dulu sebelum beli..

meh kat sini aku nak syer info berkenaan cuaca dan musim di hong kong



SpringMusim Bunga (Mac ke Mei)
Suhu dan kelembapan meningkat. Waktu malam mungkin sejuk.
Suhu purata: 17⁰C - 26⁰C




SummerMusim Panas (Jun ke Ogos)
Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas.
Suhu Purata: 26⁰C - 31⁰C



AutumnMusim Luruh (September ke November)
Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.
Suhu purata: 19⁰C - 28⁰C



Winter
Musim Sejuk (Disember ke Februari)
Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.
hong kong tiada salji.
Suhu Purata: 12⁰C - 20⁰C
sumber: http://www.discoverhongkong.com/


Kami pergi masa musim luruh...
mungkin cuaca dia ala2 cameron kot tak pun macam kundasang kan...
selesai bab cuaca..
adoi byk lagi kena study..bab hotel..makan..jalan2 weee
kalau lulus g hong kong ni so leh pergi tempat lain pulak.

dulu masa sebelum g krabi tak study betul2 
mcm2 musibah yang melanda...
walauppun dok google byk  bloger yang dah pergi.kata hong kong senang ja... so
kami pun nak pergi jugak nak pergi tgk dan ambik pengalaman sendiri.. hehehe

skali melancong mesti nak melancong melancong dan melancong..weeee


2 ulasan: