Halaman

Ahad, 27 April 2014

Lokasi Menarik di MIRI

Miri???

Apa yang menarik dengan Miri..dok cari info cakap miri.. tak ada apa yang menarik.. biasa-biasa saja..tapi bila sampai ke miri.. jangan lupa bawak pasport boleh pergi ke Brunie..
tapi kalau Aa tu buat promosi murah...apasalahnya ke miri kan..melawat.. tgk negeri orang,kehidupan.apa guna kerja penat - penat kalau tak bagi reward untuk diri sendiri.entahlah mcm aku lepas kawen ni macam tak dak nafsu nak shoping barang  mcm kasut handbag baju.. perfume n bla bla bla.. yer la duit tak banyak mana so tak mampu la nak miliki semua.. kena ada la kos lepas..skrg ni aku asyik bukak web airlines ja.. tak pa lah itu hak masing-masing.. yang peting anda happy tak gitu..

ok berbalik kepada lokasi menarik di Miri..
kiranya kalau sampai ke miri.. korang mesti kena sampai sini...
so itu baru boleh sahkan anda dah sampai miri...

tengok peta tu.. dekat ja miri dengan brunei kan.. 





Taman Awam Miri


T

terletak tidak jauh daripada tengah bandaraya Miri, taman yang mempunyai rekabentuk lanskap menarik ini sangat sesuai dijadikan tempat riadah bersama keluarga atau dijadikan tempat senaman ringan. Taman Awam Miri ini juga terdapat taman botanikal, menara peninjau, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak, astaka dan gerai makanan.Taman ni yang paling terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.Jadi kalau nak pergi tu.. kalau tak nak mandi lalu jambatan gantung tu jer la..


Miri City Fan 



Tempat yang sempurna untuk berjalan-jalan, berehat atau sekadar duduk pada waktu petang di taman ini yang telah memenangi anugerah kebangsaan taman awam City Fan yang terletak di tengah-tengah Bandar Raya - taman yang kompleks dan berlanskap elegan, mempunyai taman-taman tema dan amfiteater terbuka. Disini anda juga boleh menyemak karya seni tempatan Sarawak di Perpustakaan Miri (Pustaka Miri) yang terletak di sebelah kanan.Jadi taman ni hanya lepak2 saja lah..taman ni di panggil fan sbb bentuk dia mcm kipas.. bukan kipas atas kepala tu.. tapi kipas tangan..heheeh


Canada Hill  

Pengangkutan adalah diperlukan untuk sampai ke sana, tetapi untuk sampai ke sini ia adalah sangat berbaloi. Bukit Kanada merupakan kawasan yang baik untuk memerhatikan keseluruhan Bandaraya Miri dan persisiran pantai dari pandangan atas. Anda juga boleh melihat telaga minyak yang pertama di Malaysia - "Grand Old Lady" - dan melawat Muzium Sains Petroleum yang betul-betul terletak di puncak bukit.Ramai org yang ke miri pasti akan pergi ke kanada hill. kira mcm tempat wajib la.. nama pun hill kan.. mesti best!



Luak Bay Esplanade 


Hanya 15 minit dari pusat Bandar Raya, ini adalah tempat yang hebat untuk anda barbeku bersama keluarga, berkelah di tepi pantai dan bersiar-siar santai di sekitar pantai. Terdapat banyak ruang letak kereta dan gerai-gerai minuman sejuk biasanya disediakan. Anda juga boleh pergi ke Luak Bay Esplanade dengan menaiki bas.kat mana2 negeri pasti kena pergi persisiran pantai kan...kat sini pun tempat wajib. tgk matahari terbenam lagi pun bukan kena bayar...!


Taman Selera 


Ini adalah merupakan taman rekreasi yang pertama di Bandaraya Miri dan ia masih sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Kira-kira 10 minit dari pusat Bandar Raya, Taman Selera merangkumi dermaga yang berisi tanah yang meluas menuju ke laut untuk pandangan yang berbeza di sekitar pesisir pantai Miri untuk matahari terbenam. Kemudahan yang disediakan adalah termasuk taman permainan kanak-kanak dan beberapa gerai makanan yang menyediakan anda pelbagai makanan laut. (Kakitangan hotel anda pasti akan membantu anda sebagai penunjuk arah dan atau keperluan dari segi pengangkutan).nama pun taman selera mesti da tempat makan-makan kan.

Manakala yang nak teroka hutan.. atau yang minat traking.. tak pun ada tenaga lebih. boleh la pergi taman negara.Rasanya kalau nak pergi mmg kena spend sekurangnya 1 hari.. baru la tak terkejar kejar kan!!


Picture
Taman Negara Loagan Bunut
"Tasik mengecil" ​ini diberi nama sebagai Loagan Bunut. Semasa musim kemarau (Februari hingga Jun), anda boleh berjalan memlalui lumpur kering di tasik ini yang juga merupakan tempat yang popular untuk melihat burung. Disini anda akan dapat melihat perubahan kegiatan kehidupan liar mengikut musim berlalu. Untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut ini, biasanya mengambil masa kira-kira 3 jam dan sangat sesuai jika anda menggunakan kenderaan pacuan empat roda. 


PictureTaman Negara Gunung Mulu
Jika anda bercadang untuk tinggal lebih lama di Miri, lebih elok sekiranya anda melawat tapak warisan dunia yang ssangat bernilai ini. Ia terkenal dengan kompleks gua yang mengagumkan, biodiversiti dan keindahan seluruh taman yang indah - yang juga termasuk puncak batu dan Skywalk Kanopi (terpanjang di dunia dan yang pertama menggunakan struktur berasaskan pokok). Taman Negara Gunung Mulu hanya memerlukan 25 minit penerbangan  dari Bandaraya Miri; penerbangan biasanya boleh didapati dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri. Panduan dan tempahan biasanya atur oleh pihak pengendali pelancongan.
Phak dan kakitangan hotel anda akan membantu anda untuk menghubungi pengendali pelancongan tempatan untuk membuat segala persiapan yang perlu untuk lawatan ke rumah panjang dan Taman Negara. Adalah disarankan supaya anda membawa kasut jalan yang selesa dan botol air yang mencukupi untuk melawati ke seluruh taman negara ini.


PictureTaman Negara Bukit Lambir
Jika anda berasa inginkan cabaran, adalah sesuai sekiranya anda ke sini dan berjalan di trek berjalan kaki dan serta mempunyai air terjun yang sejuk dalam salah satu hutan hujan di dunia yang biodiversiti. Hanya 30 minit pemanduan dari Pusat Bandar, Taman Negara Bukit Lambir. Disediakan tapak perkhemahan dan chalet sekiranya ingin bermalam (Bas Awam yang menuju ke Batu Niah dan Bintulu juga mudah di dapati yang melalui pintu depan Bukit Lambir).

PictureTaman Negara Niah
Merupakan tempat penting dalam sejarah tamadun manusia. Hanya 1 1/2 jam pemanduan dari bandar Miri, Taman Negara Niah merupakan salah satu tapak pra-sejarah yang paling penting di Asia Tenggara. Gua Niah mengandungi beberapa artifak purba dan lukisan batu yang dilukiskan pada dinding gua. Perjalanan bas berjadual ke taman ini juga ada disediakan.

Sekiranya anda juga ingin mengalami sendiri budaya unik asli Sarawak dan melihat kehidupan harian masyarakat asli tempatan, terdapat banyak rumah panjang berhampiran Bukit Lambir dan Niah yang anda boleh lawat.
sumber:
http://www.miricouncil.gov.my/



So rancang jadual perjalanan anda..kalau percutian yang pendek mmg akan ada kos lepas.
yang penting ikut kemahuan dan citarasa anda...

7 ulasan:

  1. salam kenal... i miss miri so much ... banyak kenangan mase keje kat miri nih... bandar yg aman dan tenang

    BalasPadam
  2. Terima kasih Syura singgah di blog JM..i'm come here kira kunjungan balas lah ni. org berbudi kita berbahasa org memberi kita mera :-)

    Ahaa...belum pernah sampai ke Miri lagi..rupnya byk jugak lokasi menarik..maybe one day..nak terus masuk ke Brunei :-)

    BalasPadam
  3. saye suka cuti jugak...;) tapi miri bukan tmpt saye cuti...tapi tmpt keje..rinduuunya miri...rindu nasi lalapan muara...hikhik

    salam perkenalan...;)

    BalasPadam
  4. Salam, thanks sudi singgah....bestnya miri ni...plan nakpi bln 9 nanti tp taktau la dpt pi ke tak...hehehe

    BalasPadam
  5. Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
    Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !

    BalasPadam
  6. Best Online Casinos in the UK for Real Money Baccarat
    Best หารายได้เสริม Online Casinos in the UK for Real 제왕 카지노 Money Baccarat · Ruby Fortune: Best Online Casino for Roulette · 바카라 Spin Palace: Best Live Casino and Sportsbook.

    BalasPadam