Halaman

Jumaat, 18 April 2014

Redah Ke Hong Kong

Redah saja ke Hong Kong..
Berani kah aku??

ingat tak post yang lalu..
kami plan mahu ke hanoi..
seperti yang di janji. AA tidak akan menunggu anda..
harga tiket MAHAI.. padam muka.. so bulan mei tak payah ke mana2 duduk rumah diam2
jana pendapatan.. huk huk huk..
tilik punya tilik kalender dgn harga tiket AA..
last skali pilih untuk pergi HK..
Bulan 9 nanti.. tak pa lah alang ke palang.. sambunt 1 anniversary la kan.. hehehe..
Harga tiket 2 orang pergi balik RM 1186.00 
termasuk beg 20kg..
mungkin ada yang dapat lagi murah dari ni kan..
 punya la teruja nak beli tiket.. 
sampai aku boleh silap isi tarikh lahir kanda..
ahaks.... pitam... tak pe byk masa lagi..masih sempat boleh di tukar..
dan hingga ke hari ini aku masih belum selesaikan lagi kes ni.. heheeh
tak pe nanti aku selesai aku ajar mcm mana nak buat..


Bila tiket dah beli aku baru teringat nak tgk musim..
adoiii...sepatotnya tgk musim dulu sebelum beli..

meh kat sini aku nak syer info berkenaan cuaca dan musim di hong kong



SpringMusim Bunga (Mac ke Mei)
Suhu dan kelembapan meningkat. Waktu malam mungkin sejuk.
Suhu purata: 17⁰C - 26⁰C




SummerMusim Panas (Jun ke Ogos)
Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas.
Suhu Purata: 26⁰C - 31⁰C



AutumnMusim Luruh (September ke November)
Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.
Suhu purata: 19⁰C - 28⁰C



Winter
Musim Sejuk (Disember ke Februari)
Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.
hong kong tiada salji.
Suhu Purata: 12⁰C - 20⁰C
sumber: http://www.discoverhongkong.com/


Kami pergi masa musim luruh...
mungkin cuaca dia ala2 cameron kot tak pun macam kundasang kan...
selesai bab cuaca..
adoi byk lagi kena study..bab hotel..makan..jalan2 weee
kalau lulus g hong kong ni so leh pergi tempat lain pulak.

dulu masa sebelum g krabi tak study betul2 
mcm2 musibah yang melanda...
walauppun dok google byk  bloger yang dah pergi.kata hong kong senang ja... so
kami pun nak pergi jugak nak pergi tgk dan ambik pengalaman sendiri.. hehehe

skali melancong mesti nak melancong melancong dan melancong..weeee


Jumaat, 4 April 2014

Jom ke hanoi

Perasaan mahu bercuti lagi mmg membuak buak..
Lepas balik dari medan..
Still rasa nak g bercuti lagi..
Lepas tgk kalander..
Kanda pun ada cuti..
Apa lagi.. mula la check harga tiket..
Harga tiket 1 mei mahal la pulak..
2 mei murah la pulak..
Maklum la 1 mei satu dunia cuti gamaknya .

Ok la decide
2mei -5mei..
Satu bulan lagi untuk study..

8hb nanti kita beli tiket. .
Jom kita google ..
Kali ni nak pergi redah ja.. tak dak guna travel agent
So perlu banyak study ..weee
Hanoii tunggu kamee yerr...


Update 18 April 2014
percutian ni terpaksa di tunda.. sbb tiket AA sudah mahai..
tak per nanti AA buat promosi lagi kita pergi pulak yer



Jumaat, 14 Mac 2014

Percutian Medan

Percutian Bermula pada 8 March-11 March 2014

Wahh 
Banyak betul pengalaman bercuti di medan..
Nak cerita pun tak kesempatan lagi..
tapi mesti cerita sbb nak kongsi tips untuk anda 
berdasarkan pengalaman kamee... weee
kalau di beri peluang.. rasanya tak nak pergi dah..
tapi kalau semua di tanggung FREE  cuti pun banyak lagi.. boleh la kot nak pergi.. hehehe

Tunggu NExt entry kamee cerita na....

Isnin, 17 Februari 2014

Percutian Ke Melaka- Malaysia

Percutian
2 Feb-4 Feb 2014

Gedik..
Bercuti time raya cina.. jalan sesak... mmg cari pasai..
hahaha...tapi pergi atas urusan kerja sama.. sambil selam minum air so redha ja lah..


Sabtu, 25 Januari 2014

Korea Pulau Nami Part 1

hahaha..
mcm malas pulak nak taip pengalaman g korea..
mungkin sbb dah lama so banyak yang dah lupa.. 
layan gambar jer la.. 
Pulau nami ni dapat wifi free tau.. best! dapat la check in kat facebook..



eehh
Ada story nak share..
aku pergi naik korea Airlines
so stewardess dia mmg org korea la..
nak jadi cerita.. aku duduk sebelah tingkap..
sebelah kami orang korea..
bila time nak breakfast stewardess datang  tanya.. 
nak makan apa.. in english.. aku langsung tak faham english dia..
aku mengomel la.. haiya.. susah la mcm ni nak mkn apa pun tak tau.. sbb dia tanya langsung tak faham..
kalau ada gambar tu senang la sikit nak tunjuk.. ni tak dak..
nasib baik akak kat depan.. so suruh dia yang jawabkan..sbb akak aku duduk line lorong tu senang sikit la dia nak pasang telinga...
so selesai bab mkn..
then masa flight dah sampai kt seoul..
aku agak orang last jugak la keluar..
alih2 stewardess tu datang tanya..
dari malaysia ker.. datang bercuti ke.. berapa hari..
mak aii tahu cakap melayu rupanya.... kiranya aku mengomel pasai dia tu dia faham la..
adehhh.... 


sampai kat airpot
terus naik bas dan bergerak ke Pulau Nami




masa pergi musim bunga dah nak habis.. nak masuk musim panas..
so tak dak la sejuk sangat... tapi pagi2 tu agak mengigil la tunggu kat jetty tu..


Jetty nak pergi Pulau Nami 

Peta pulau Nami
Mcm karipap pun ada...
Pulau namikan famous Winter Sonata..

Selesai melawat Pulau nami
Makanana Tengah hari yang disediakan di pulau Nami
Langsung tak kena tekak...
kelaparan la aku...

Rabu, 22 Januari 2014

Korea Seoul

walaupun percutian ni dah nak masuk 2 tahun dah...
tapi kami nak berkongsi apa pengalaman yang kami dapat dari kami..



kali pertama menjejakkan kaki ke luar negara adalah KOREA!!!
masa tu org gila pop... korea movie..
kami langsung tak minat korea...
pergi korea pun sbb teringan ke oversea... heheheeh

kenapa korea??
sbb kebetulan mengikuti trip compny kakak.. sbb itu lah korea...
Hehehehe....

teruja habis weiii nak g korea... masa tu belum kawen lagi tunang pun belum lagi...
pergi konon2 nak bawak hati yang lara.... hahaha bajet dapat pakwe korea...

akhir tahun 2011.. kakak call...
wei.. nak g korea tak.. tapi kena bayar rm3k..
3k?? 3k pun 3k lah... janji dapat g oversea.. hehehe..

jom-
kami akan sambung cerita seterusnya pada next post ya.. senang sikit
persediaan ke korea!


Ahad, 12 Januari 2014

Malaysia - Cameron pahang

Permulaan percutian di tahun 2014
mesti dah ramai jejak ke sana... kami pun dah berkali kali perli tapi selalu tak bermalam..
singgah beli buah sayur saja...
pastu turun... dan selalu lalu jalan simpang pulai ja
sbb org kata... kalau lalu jalan tapah 
kompom tak nak lalu dah..
tapi dik kerana pergi ngan kanda.. dia drive...so hentam ja lah..
sekurangnya kita mencuba dari dengar cakap2 orang..

yer jalannya mmg agak teruk.. tapi tak seteruk ke bukit freser...
tapi kira ok la.. mungkin nasib kami baik.. kami bukan pergi hari peak 
mula panjat jam 4 ptg.. 14hb..panjat naik kereta..bukan panjat guna kaki...hehehe hari maulidur rasul
 jalan pun ok saja... 

tips yang kami dapat: jangan sesekali memotong lori di hadapan.. sehinggalah lori berkenaan membeli signal ke kiri..so baru boleh potonng...
ya.. mmg byk lori yg berbuat sedemikian.

kami plan.. cari hotel walkin saja.. kalau tak dak.. sila lah balik ya....panjat jam 4 dalam jam 5 ptg... 
pekan pertama yg kami jumpa adalah 
ringlet masa lalu ada pasar malam...
tercari cari jugak kawasan yg berlaku bencana alam di mana tnb lepaskan air empangan dan menyebabkan 5 org mati kot.. tapi tak jumpa pulak..mungkin laluan lain..

misi kami adalah mencari hotel di tanah rata atau pun brincang..yg pasti yang murah 
dan apa lagi.. agoda.com la.. untuk cari hotel mengikut bajet..

kalau ikut agoda byk hotel yg 200 keatas.. kanca ckp dalah la sampai lewat... buat apa nak dok hotel mahal2 nak bermalam sekejap ja..
nak bermalam sekejap pun nak jugak cari yg selesa.. sbb sudah fobia dengan hotel iskandar di kota kinabalu... hahahahaha....

esok.. sy ceritakankan dapatkan kami mencari hotel bawah rm100 dengan bilik yang selesa