Halaman

Isnin, 16 Jun 2014

Bercuti Brunei Miri part 3

 Hari ni membusankan nak buat kerja opis pun tak boleh
sbb masalah teknikal.. so meh aku sambung cerita aku..


Hari ke 3
Hari ni kami masih di brunei. Cerderahati apa pun masih belum beli lagi. Pagi ni kami perlu bergerak awal, sbb plan nak ke kuala beliat (itupun kalau masih sempat ) dan seterusnya ke gua niah. (itu pun kalau sempat sbb kalau berdasarkan google mapps nak ke sana makan 3 jam jugak)..dah la hotel mlm ke3 ni aku belum beli.. entah la aku pun lupa napa aku tak beli hotel utk mlm ke 3 ni..


pagi kami ke tamu kiaggeh.. sbb nak beli cenderamata. sbb  masa dekat yayasan tu Fm 3 ketoi $10.00 rasa mcm mahal sangat. so tak beli. kami Checkout hoteldan  makan sarapan yang di sediakan pihak hotel. Nasi katok dia sedap sangat. Mcm nasi tak de apa benda.. tapi aku sedap laa....waaa meleleh air liur bila kenang.. hahaha =P~
Hotel kami dekat ja dengan tamu kianggeh ni. Bila dah sampai.. terkejut kami.. sbb dia cuma jual barang mcm pasar basah saja..hasil laut ikan sayur semua bagai. murah tau seikat baru $0.50. murah kan..tapi aku nak buat apa semua tu. agak frust jugak la sbb tak dapat beli apa pun cendahati. sbb tak nak buang masa.. kami terus bergerak untuk melawat istana nurul iman pulak.. istana paling besar di dunia.
Allahamdullah.. google map dapat bagi kerjasama yang sangat baik hari ni..

nak ke istana nurul iman dia agak jauh skit dari town.bila sampai kat pintu pagar masuk tu..polis panggil kami suruh paking tempat di sediakan. dapat bergambar ja lah depan istana tu. sbb mmg tak dapat masuk. tapi kerajaan brunei mmg ada hari yang dibukak untuk rakyat jelata masuk melawat.



lepas melawat istana ni.. kami plan nak bergerak ke jerudong park.. plan nak singgah tgk ja lah.. sbb kalau nak main2 rasa tak sempat.Ha masa ni.. kanda da cakap.. minyak dah tinggal 2 bar.. nak tak nak kena isi.
Sebelum aku sampai brunei aku da dengar cerita pasai minyak.

Cerita Pertama:
Susah nak isi minyak. sbb kereta luar (num plat mesia) hanya setengah stesen minyak saja yang terima kereta malaysia ni

Cerita kedua:
Boleh mana2 stesen minyak. tapi boleh beli $10.00 saja.

Bersarkan cerita pertama tu aku ngan kanda pikir  tak pa kita hentam ja la masuk mana2. .kalau tak boleh pergi stesen minyak lain.. sekurannya cuba nasib.
Ksituasi cerita kedua pulak.. kalau korang isi minyak $10.00 pun dah boleh penuh sbb minyak diorg satu liter saja baru 50sen. 50 sen dah dapat 20 litel . Kalau setakat kereta viva tu.. 20 litel tu kira ok sangat la kan.

Ok kami pun masuk stesen minyak shell, kat brunei hanya ada shell saja tau. Kami pun terus ke PAM lepas tu org tu tanya nak isi minyak berapa. kami kata $10.00 dia yang tolong isikan.org bangla aku rasa.
kami isi minyak 97 tak sampai $10.00 pun sbb minyak dah full.. hahaha..
So aku rasa semua ni mcm auta la..
Berdasarkan cerita pertama aku rasa kalau dekat sempadan ja kot. kalau dah dekat town tu mmg semua bagi. see utk cerita ke 2 kan aku cakap isi $10.00 pun dah boleh penuh.


Lepas dah isi minyak kami bergerak ke jerudung park..
Bila kami masuk ja highway(tak kena tol) .. jalan terus jem.. sbb polis buat sekatan..oh so auta lagi berkenaan jalan jem..Ha lagi satu pengalaman. Bagi aku org brunei ni mmg tak suka hon hon kereta.Korang tahu.. masa kanda bawa kereta dia tetiba nak tukar lorong.. dah la dia tak bagi signal.. tetiba ada pulak kereta muncul  dari belakang.aku mmg terkejut la.. kereta tu mmg tak bagi hon pastu dia mmg berhenti bagi laluan kepada kami. tak tau la kot sbb kereta aku num plat malaysia. kalau kat malaysia jangan harap la silap2 dapat hon bertubi tubi.. ataupun drever akan buat jelingan. yer la kanda kan slalu memandu di png.. org penang kalau memandu paham2 ja la kan.. tapi tak tau la kot nasib kami jumpa driver yang prihatin macam tu..tapi itulah pengalaman kami.

Jalan Jem.. tapi perasan jugak tak da org yang tukar tukar lorong.

selepas berjaya melepasi jem kami terus memandu untuk ke jerudong park..
bila dah sampai korang tahu apa yang jadi..
biar gambar berbicara..





So bergambar dari dalam kereta saja.. hahaha..
Jom.. tak nak buang masa kami terus bergerak nak kuala beliat..Sampai ja dekat kawasan kuala Beliat Hujan punya la lebat...last kami buat keputusan tak payah singgah dan terus ke Gua niah.

Maka berakhirlah perjalanan kami di brunei..
waaaahhhh... tak pa lah ada rezeki datang lagi..tak sempat singgah kedai makan diorang..hanya makan di pasar malam dan hotel saja.. pastu makan ayam yang ala2 kepci ja..
Ok sebelum nak sampai ke sempadan malaysia ada stesen minyak shell. kami singgah sekejap sbb perut rasa lapar.beli roti ssandwich saja. ha! rupanya mmg betul kereta num plat malysia perlu membeli minyak yang mahal.




Selesai urusan imgresn kami terus mengala ke gua niah..
dari sempadan ke gua niah ambik masa sejam setengah.. ikut Google maps katanya kami akan sampai jam 3

Untuk ke gua niah.. korang akan lalu town miri dulu. pastu hutan kiri kanan dan tak dak rumah kedai langsung. Sehingga la nak sampai ke persimpangan ke Gua niah akan jumpa satu pasar raya. Kami pun beli la air mineral siap2.. makan serba sikit.. takut kelaparan..





Bila dah sampai kami terus g beli tiket rupanya mmg betul dia tutup jam 7. fuhh tapi berani ka korang kol 7 kat sini.. hahaha..

Sebelum masuk korang kena isi detail bukan apa takot korang pergi tak kembali. hilang dalam gua ka.. hahaha. Masa aku sampai ada la dalam 10 bijik kereta. tapi tempat tu rasa sunyi sangat. macam hanya kami berdua saja.kat kaunter ni dia akan bagi peta kat korang. aku sendiri pun tak paham peta tu. dan sbb peta tu la kami nyaris tersessat.. 


Untuk ke pintu masuk gua Korang kena naik sampan. nak naik sampai kena p jetty. Jetty ni dekat ja dengan kaunter beli tiket tu. tapi korang tetap kena jalan jugak la.
sampai situ ada satu kaunter dia mintak tiket nak masuk gua niah dan kat kaunter ni ada sewa torchlight.aku da baca blog ni dia mmg suruh sewa untuk keselamatan sbb dalam gua ni mmg sangat gelap. kami pun dah rm5 ja sewa ja lah. kalau rm50 haru biru jugak


Ok dah sampai jeti.. aku ingat nak naik boat tu lama.. iso juga aku dah la katanya dalam sungai tu ada buaya
rupanya guna sampan ni untuk seberang saja. kenapa la dirog tak buat jambatan kan.. mcm kelakar ja. tak sempat berkelip mata pun dah sampai.




..
nak turun ke jeti


sampan yang akan korang naik


 Nak ke seberang tu saja wei...kalau kentut pun dengar.


kalau korang naik sampan ni lebih dari jam 17.30 korang kena bayar rm1.50 untuk satu kepala.



masa atas sampan tu aku bertanya pakcik tu.. 
ramai lagi ke dalam gua tu.. pakcik tu cakap ramai lagi dalam 50 orang mcm tu.. fuhh lega la sikit. ya la sbb kami kan sampai lewat. takot jugak entah2 kami berdua saja yang ada. seram jugak.. ya la nak masuk hutan. sbb orang slalu masuk pagi.. kami ni masuk petang.petang ni dia lain skikt tka mcm pagi.

jauh jugak berjalan wei.. tapi ada laluan dan 100% korang tak kan sesat. melainkan korang saja2 terjun masuk dalam hutan tu.




mcm ni la laluan dia..
jauh jugak wei.. semput aku rasa..
tapi mmg jauh la,,, mcm nak tercabot kaki..
masa ni kami jumpa la orang yang nak balik..semua muka kepenatan..
kami baru nak pergi.ok tanda-tanda korang akan sampai.. korang akan jumpa gerai org jual cerherahati.

tgk belakang tu.. langsung tak dak cenderahati yang mengambarkan korang dah sampai gua niah.. huhuhuhu..aku ckap nanti balik la singgah. sekarang semangat nak masuk gua.
masa ni korang akan start mendaki.. daki guna tangga la.. aku bab mendaki ni la paling lemah. sbb kena guna tenaga habis habisan.

korang tgk la gambar.. aku dah malas nak cerita.. pandai2 la korang idup bila sampai kat gua niah tu.. hehehe




tgk org tu semangat nak masuk gua tinggai habis orang

ok korang nampak tangga tinggi tu. atas situ mmg dah start gelap.. serius mmg kena on torchlight yang di sewa. Bagi yang tak suka gelap aku mmg tak saran la.. sbb korang mmg rasa sesak dan rimas.kat dalam ni dia ada laluan persimpangan. Masa dalam ni la kami tersilap pilih laluan. Masa tu pun dah sunyi dah tak dengan suara org dah. makin jauh kami pergi cahaya cahaya makin hilang.. Aku ajak berpatah balik tapi kanda kata dah alang alang sampai teruskan jugak.. laluan pun lincin sbb air membasahi laluan.makin lama aku makin tak sedap hati.. last aku cakap nak patah balik jugak.. last kanda pun ikut..punya la kuat dia pengang aku.. kami langsung tak bercakap antara satu sama lain. masing2 diam.. bila dah sampai tempat cahaya... baru lah lega syukur sangat.. masa tu dah tak dak orang hanya kami berdua saja.. eii bila ingat mmg gerun.
Masa kami dah sampai kat miri baru masing2 bukak cerita. kanda punya la iso dia ingat dia pegang tangan orang lain.hahaha sampai mcm tu dia boleh pikir... kalau masuk ramai2 mungkin ok. tapi sbb kami berdua saja aku pun takot..

nak balik pun kena laluan yang sama. rasa tenaga habis betul..
singgah gerai tu mampu beli air ja.. sbb tak nafsu langsung nak beli cenderahati. sbb kepenatan gila.

ok kami sampai kat jeti jam 17.23. pakcik tu macam nak lengah2 kan..
aku rasa pakcik ni sengaja tak nak ambik kami.. nak tunggu 17.30 baru nak datang ambik..
masa tu juga selainkan kami ada lagi satu pasangan org puteh yg nak naik sampan tu sama..
last pakcik tu datang ambik.. masa turun tu aku ingat nak kena bayar rm3 dah.. rupanya rm2 saja, hehehe..



akhirnya selamat sampai.. nak pergi opis lapor kami dah selamat sampai. skali dgn opis pun dah tutup.masa ni hanya tinggai kereta kami saja. rsanya kami ngan org puteh tu ja yang ada.org puteh tu ada driver tgh tunggu

so jom bergerak balik miri cari hotel.


Sebelum sampai miri singgah sebentar luak esplanade miri. untuk layan sunset. Tapi kejap ja perlu cepat ke miri sbb perlu cari hotel. 
Last kami pilih hotel walk in Rm100.00 utk satu malam dah malas nak cari hotel sbb kepenatan Lepas mandi semua. kami pergi cari makan.
makan mee kolok.. itupun baca suggestion dari blogger. ramai orang kedai dia. sbb rasa dia mmg sedap. tak rasa kicap sangat rasa sup daging.. sedappnyaaaa.... T___________T 
lepas makan terus balik untuk lena.. sbb esoknya flight kami jam 8.30 pagi... huhuhuhuh





Tiada ulasan:

Catat Ulasan