Halaman

Khamis, 18 September 2014

Bercuti di Hong Kong dan Macau

Allahamdulillah..
Selamat pergi dan selamat balik..betul seperti di kata.. hong kong tak lah susah sangat..
walaupun bahasa kekadang menjadi masalah.. tapi bukan lah satu masalah besar..
kebanyakkan yang muda2 boleh ckp omputeh.. cuma yang agak berumur ja bermasalah sikit..
nanti free.. aku cerita pengalaman kat sana ya...





Selasa, 5 Ogos 2014

Salam Aiditfitri 1435H

Salam AidilFitri 2014..






Lama dah tak masuk blog ni.. sejak sibuk di blog www.diykerjakahwin.blogspot.com 
nak pergi berjalan kena la buat pelaburan dulu.. hehehe....pastu tetiba en kanda cakap..
" Apa kata kita simpan duit.. pergi negara pakai duit mcm... mcm tokyo ke.. new zeland ke,,istambul ke"
Biasa la aku ngan dia bukan nak sependapat....katanya lagi
"negara mcm tu yang akan buat kita nampak perbezaan kehidupan" ada betul jugak la katanya..
tapi masalahnya.. mcm mana dengan hobi aku yang nak kumpul duit negara asing.. tak kan nak tukor nak money changer... sah2 tak tak syiok...huk huk huk...
Katanya lagi dia nak belajar bahasa Jepun.. mcm tu pulak laki aku ni.. adehhh....

Dan sejak dari kata-katanya itu terkeluar..
aku tidak lagi lepak di web air asia.. huk huk... menilik tarikh dan harga tiket..
tak pa aku yakin air asia pasti akan buat promo lagi!!

Isnin, 16 Jun 2014

Bercuti Miri- Brunei Part 4

Hari ke4

Habis dah hari bersuka Ria..
esok kerja... padam muka...hahahaha

Ok kami bangun awal. 5 pagi dah bangun.. sbb plan nak pergi skali lagi makan mee tulang kat pulauan  Melayu. jam 7 kami dah gerak.aku mmg set time. kami hanya ada masa setengah jam saja untuk pergi dan balik. dan makan hanya 10 minit saja. sbb nak ke pulau melayu tu makan masa 15 minit dan dari pulau melayu nak ke airport makan masa setengah jam.mmg berani gila la.. Flight 8.30 tapi 7.55 kena ada sana dah. sbb kami dah check in online. ok bab masa ni aku boleh terlupa..
Korang kena spen masa utntuk beratur check in bag...gamak kalau q panjang mcm mana.. hahahah...
kami mmg buat kerja gila demi nak makan mee tulang tu.

ok lagi skali aku kecewa dgn mee tulang tu. T_____T. kedai mmg dah bukak aku mmg bersyukur sangat. dapat jugak makan. Bila nak order.. kak Mee 2 ya.
" Adik mee belum sampai lagi yang ada bihun saja"  sedikit kecewa.. bihun pun bihun la.. sekuragnnya dapat rasa 

 Sebelum.. ni la rupa bihun tu


Selepas- Tgk kanda boleh habis aku mmg tak mampu.. makan kuah ja.. tapi kalau mee mmg sedap gila.. sedap sangat kuah dia.. sedap weii mmg wajib pergi..

Sbb nak kejan masa.. so makan mcm tak nikmati sangat.
kami terus memecut ke airport. time tu jalan kereta banyak! sbb orang nak masuk opis..
Kami sampai airport 8.05 terus g check in bag. nasib agak baik sbb tak beratur panjang sangat. Lepas check in beg org kat kaunter tu terus suruh kami check in masuk. tapi lagi satu masalah yang timbul. time nak hantar kereta sewa tu. aku salah park pulak dan tak letak kupon parking. Time ni mmg kami terkejar2 mmg penat gila.. sesak nafas aku dibuatnya.. 
bila dah selesai semua kami check in masuk. ingat gate dah bukak.. skali ramai lagi dok menunggu.. hahaha so sempat la nak bernafas sikit.. hahahah ini kerja gila.. tak nak buat dah.. penat...

Jadi bila kamidah masuk gate tu.. 
maka selesai lah perjalanan kami ke Miri dan Brunei. ada rezeki datang lagi..
dan satu lagi pesanan ,orang perati betul2 masa dalam flight tu sbb  korang akan nampak pelantar minyak miri.. dan nampak pulau2 di johor.. nak nagis tgk kecantikkannya.
Masyaallah.. mmg terpegun seketika...







Tamat...
da duit lebih
masa lebih kita pergi bercuti lagi.

Bercuti Brunei Miri part 3

 Hari ni membusankan nak buat kerja opis pun tak boleh
sbb masalah teknikal.. so meh aku sambung cerita aku..


Hari ke 3
Hari ni kami masih di brunei. Cerderahati apa pun masih belum beli lagi. Pagi ni kami perlu bergerak awal, sbb plan nak ke kuala beliat (itupun kalau masih sempat ) dan seterusnya ke gua niah. (itu pun kalau sempat sbb kalau berdasarkan google mapps nak ke sana makan 3 jam jugak)..dah la hotel mlm ke3 ni aku belum beli.. entah la aku pun lupa napa aku tak beli hotel utk mlm ke 3 ni..


pagi kami ke tamu kiaggeh.. sbb nak beli cenderamata. sbb  masa dekat yayasan tu Fm 3 ketoi $10.00 rasa mcm mahal sangat. so tak beli. kami Checkout hoteldan  makan sarapan yang di sediakan pihak hotel. Nasi katok dia sedap sangat. Mcm nasi tak de apa benda.. tapi aku sedap laa....waaa meleleh air liur bila kenang.. hahaha =P~
Hotel kami dekat ja dengan tamu kianggeh ni. Bila dah sampai.. terkejut kami.. sbb dia cuma jual barang mcm pasar basah saja..hasil laut ikan sayur semua bagai. murah tau seikat baru $0.50. murah kan..tapi aku nak buat apa semua tu. agak frust jugak la sbb tak dapat beli apa pun cendahati. sbb tak nak buang masa.. kami terus bergerak untuk melawat istana nurul iman pulak.. istana paling besar di dunia.
Allahamdullah.. google map dapat bagi kerjasama yang sangat baik hari ni..

nak ke istana nurul iman dia agak jauh skit dari town.bila sampai kat pintu pagar masuk tu..polis panggil kami suruh paking tempat di sediakan. dapat bergambar ja lah depan istana tu. sbb mmg tak dapat masuk. tapi kerajaan brunei mmg ada hari yang dibukak untuk rakyat jelata masuk melawat.



lepas melawat istana ni.. kami plan nak bergerak ke jerudong park.. plan nak singgah tgk ja lah.. sbb kalau nak main2 rasa tak sempat.Ha masa ni.. kanda da cakap.. minyak dah tinggal 2 bar.. nak tak nak kena isi.
Sebelum aku sampai brunei aku da dengar cerita pasai minyak.

Cerita Pertama:
Susah nak isi minyak. sbb kereta luar (num plat mesia) hanya setengah stesen minyak saja yang terima kereta malaysia ni

Cerita kedua:
Boleh mana2 stesen minyak. tapi boleh beli $10.00 saja.

Bersarkan cerita pertama tu aku ngan kanda pikir  tak pa kita hentam ja la masuk mana2. .kalau tak boleh pergi stesen minyak lain.. sekurannya cuba nasib.
Ksituasi cerita kedua pulak.. kalau korang isi minyak $10.00 pun dah boleh penuh sbb minyak diorg satu liter saja baru 50sen. 50 sen dah dapat 20 litel . Kalau setakat kereta viva tu.. 20 litel tu kira ok sangat la kan.

Ok kami pun masuk stesen minyak shell, kat brunei hanya ada shell saja tau. Kami pun terus ke PAM lepas tu org tu tanya nak isi minyak berapa. kami kata $10.00 dia yang tolong isikan.org bangla aku rasa.
kami isi minyak 97 tak sampai $10.00 pun sbb minyak dah full.. hahaha..
So aku rasa semua ni mcm auta la..
Berdasarkan cerita pertama aku rasa kalau dekat sempadan ja kot. kalau dah dekat town tu mmg semua bagi. see utk cerita ke 2 kan aku cakap isi $10.00 pun dah boleh penuh.


Lepas dah isi minyak kami bergerak ke jerudung park..
Bila kami masuk ja highway(tak kena tol) .. jalan terus jem.. sbb polis buat sekatan..oh so auta lagi berkenaan jalan jem..Ha lagi satu pengalaman. Bagi aku org brunei ni mmg tak suka hon hon kereta.Korang tahu.. masa kanda bawa kereta dia tetiba nak tukar lorong.. dah la dia tak bagi signal.. tetiba ada pulak kereta muncul  dari belakang.aku mmg terkejut la.. kereta tu mmg tak bagi hon pastu dia mmg berhenti bagi laluan kepada kami. tak tau la kot sbb kereta aku num plat malaysia. kalau kat malaysia jangan harap la silap2 dapat hon bertubi tubi.. ataupun drever akan buat jelingan. yer la kanda kan slalu memandu di png.. org penang kalau memandu paham2 ja la kan.. tapi tak tau la kot nasib kami jumpa driver yang prihatin macam tu..tapi itulah pengalaman kami.

Jalan Jem.. tapi perasan jugak tak da org yang tukar tukar lorong.

selepas berjaya melepasi jem kami terus memandu untuk ke jerudong park..
bila dah sampai korang tahu apa yang jadi..
biar gambar berbicara..





So bergambar dari dalam kereta saja.. hahaha..
Jom.. tak nak buang masa kami terus bergerak nak kuala beliat..Sampai ja dekat kawasan kuala Beliat Hujan punya la lebat...last kami buat keputusan tak payah singgah dan terus ke Gua niah.

Maka berakhirlah perjalanan kami di brunei..
waaaahhhh... tak pa lah ada rezeki datang lagi..tak sempat singgah kedai makan diorang..hanya makan di pasar malam dan hotel saja.. pastu makan ayam yang ala2 kepci ja..
Ok sebelum nak sampai ke sempadan malaysia ada stesen minyak shell. kami singgah sekejap sbb perut rasa lapar.beli roti ssandwich saja. ha! rupanya mmg betul kereta num plat malysia perlu membeli minyak yang mahal.




Selesai urusan imgresn kami terus mengala ke gua niah..
dari sempadan ke gua niah ambik masa sejam setengah.. ikut Google maps katanya kami akan sampai jam 3

Untuk ke gua niah.. korang akan lalu town miri dulu. pastu hutan kiri kanan dan tak dak rumah kedai langsung. Sehingga la nak sampai ke persimpangan ke Gua niah akan jumpa satu pasar raya. Kami pun beli la air mineral siap2.. makan serba sikit.. takut kelaparan..





Bila dah sampai kami terus g beli tiket rupanya mmg betul dia tutup jam 7. fuhh tapi berani ka korang kol 7 kat sini.. hahaha..

Sebelum masuk korang kena isi detail bukan apa takot korang pergi tak kembali. hilang dalam gua ka.. hahaha. Masa aku sampai ada la dalam 10 bijik kereta. tapi tempat tu rasa sunyi sangat. macam hanya kami berdua saja.kat kaunter ni dia akan bagi peta kat korang. aku sendiri pun tak paham peta tu. dan sbb peta tu la kami nyaris tersessat.. 


Untuk ke pintu masuk gua Korang kena naik sampan. nak naik sampai kena p jetty. Jetty ni dekat ja dengan kaunter beli tiket tu. tapi korang tetap kena jalan jugak la.
sampai situ ada satu kaunter dia mintak tiket nak masuk gua niah dan kat kaunter ni ada sewa torchlight.aku da baca blog ni dia mmg suruh sewa untuk keselamatan sbb dalam gua ni mmg sangat gelap. kami pun dah rm5 ja sewa ja lah. kalau rm50 haru biru jugak


Ok dah sampai jeti.. aku ingat nak naik boat tu lama.. iso juga aku dah la katanya dalam sungai tu ada buaya
rupanya guna sampan ni untuk seberang saja. kenapa la dirog tak buat jambatan kan.. mcm kelakar ja. tak sempat berkelip mata pun dah sampai.




..
nak turun ke jeti


sampan yang akan korang naik


 Nak ke seberang tu saja wei...kalau kentut pun dengar.


kalau korang naik sampan ni lebih dari jam 17.30 korang kena bayar rm1.50 untuk satu kepala.



masa atas sampan tu aku bertanya pakcik tu.. 
ramai lagi ke dalam gua tu.. pakcik tu cakap ramai lagi dalam 50 orang mcm tu.. fuhh lega la sikit. ya la sbb kami kan sampai lewat. takot jugak entah2 kami berdua saja yang ada. seram jugak.. ya la nak masuk hutan. sbb orang slalu masuk pagi.. kami ni masuk petang.petang ni dia lain skikt tka mcm pagi.

jauh jugak berjalan wei.. tapi ada laluan dan 100% korang tak kan sesat. melainkan korang saja2 terjun masuk dalam hutan tu.




mcm ni la laluan dia..
jauh jugak wei.. semput aku rasa..
tapi mmg jauh la,,, mcm nak tercabot kaki..
masa ni kami jumpa la orang yang nak balik..semua muka kepenatan..
kami baru nak pergi.ok tanda-tanda korang akan sampai.. korang akan jumpa gerai org jual cerherahati.

tgk belakang tu.. langsung tak dak cenderahati yang mengambarkan korang dah sampai gua niah.. huhuhuhu..aku ckap nanti balik la singgah. sekarang semangat nak masuk gua.
masa ni korang akan start mendaki.. daki guna tangga la.. aku bab mendaki ni la paling lemah. sbb kena guna tenaga habis habisan.

korang tgk la gambar.. aku dah malas nak cerita.. pandai2 la korang idup bila sampai kat gua niah tu.. hehehe




tgk org tu semangat nak masuk gua tinggai habis orang

ok korang nampak tangga tinggi tu. atas situ mmg dah start gelap.. serius mmg kena on torchlight yang di sewa. Bagi yang tak suka gelap aku mmg tak saran la.. sbb korang mmg rasa sesak dan rimas.kat dalam ni dia ada laluan persimpangan. Masa dalam ni la kami tersilap pilih laluan. Masa tu pun dah sunyi dah tak dengan suara org dah. makin jauh kami pergi cahaya cahaya makin hilang.. Aku ajak berpatah balik tapi kanda kata dah alang alang sampai teruskan jugak.. laluan pun lincin sbb air membasahi laluan.makin lama aku makin tak sedap hati.. last aku cakap nak patah balik jugak.. last kanda pun ikut..punya la kuat dia pengang aku.. kami langsung tak bercakap antara satu sama lain. masing2 diam.. bila dah sampai tempat cahaya... baru lah lega syukur sangat.. masa tu dah tak dak orang hanya kami berdua saja.. eii bila ingat mmg gerun.
Masa kami dah sampai kat miri baru masing2 bukak cerita. kanda punya la iso dia ingat dia pegang tangan orang lain.hahaha sampai mcm tu dia boleh pikir... kalau masuk ramai2 mungkin ok. tapi sbb kami berdua saja aku pun takot..

nak balik pun kena laluan yang sama. rasa tenaga habis betul..
singgah gerai tu mampu beli air ja.. sbb tak nafsu langsung nak beli cenderahati. sbb kepenatan gila.

ok kami sampai kat jeti jam 17.23. pakcik tu macam nak lengah2 kan..
aku rasa pakcik ni sengaja tak nak ambik kami.. nak tunggu 17.30 baru nak datang ambik..
masa tu juga selainkan kami ada lagi satu pasangan org puteh yg nak naik sampan tu sama..
last pakcik tu datang ambik.. masa turun tu aku ingat nak kena bayar rm3 dah.. rupanya rm2 saja, hehehe..



akhirnya selamat sampai.. nak pergi opis lapor kami dah selamat sampai. skali dgn opis pun dah tutup.masa ni hanya tinggai kereta kami saja. rsanya kami ngan org puteh tu ja yang ada.org puteh tu ada driver tgh tunggu

so jom bergerak balik miri cari hotel.


Sebelum sampai miri singgah sebentar luak esplanade miri. untuk layan sunset. Tapi kejap ja perlu cepat ke miri sbb perlu cari hotel. 
Last kami pilih hotel walk in Rm100.00 utk satu malam dah malas nak cari hotel sbb kepenatan Lepas mandi semua. kami pergi cari makan.
makan mee kolok.. itupun baca suggestion dari blogger. ramai orang kedai dia. sbb rasa dia mmg sedap. tak rasa kicap sangat rasa sup daging.. sedappnyaaaa.... T___________T 
lepas makan terus balik untuk lena.. sbb esoknya flight kami jam 8.30 pagi... huhuhuhuh





Rabu, 11 Jun 2014

Bercuti di Brunei Part 2


Bercuti di Brunie

Ambik kau.. dah sebulan lebih baru nak sambung cerita..
sbb aku tahu tak dak pengunjung pun nak baca.. tapi tak pa aku cerita jugak.. mungkin untuk rujukan aku kelak...walaupun ada part dah lupa.. tak pa aku cerita part mana yang ingat jer yer...

Hari kedua..
awal tu kami terus check out. sbb malam ke dua kami akan bermalam di brunei.
hari ke dua ni.. aku rasa hari agak mencabar buat aku  T______T. sbb masa kat brunie tu.. tetiba google maps tak nak ikut kami...waze pun asyik culculating ja.. dgn hujan segala bagai..dengan terpaksa patah balik sbb duit tak tukar.. hahaha kerja gila.. nasib baru brunie..belum lagi negara yang bahasa ayam itik. 

meh aku cerita dari awal 

pagi tu kami bergerak awal..sbb nak pergi sarapan mee tulang kat kepulauan melayu..katanya ni tempat paling pemes untuk pergi sarapan.Ok sudah bergerak.. terus cari kepulauan melayu. tak la susah sangat nak cari.. kedai tu ada sebelah kiri.. yang pasti sebelum pintu masuk golf.sampai ja sana luluh hati aku T________T . kedai tu tak bukak pulak.. aku datang hari isnin dan aku tak pasti kenapa dia tak bukak.. bukan hari cuti umum pun.. kat situ mmg tak ada kedai makan lain pun.. sunyi sepi ja..

pastu en kanda ckp.. jom gerak ke brunie terus la.. singgah ja lah kedai mana2..aku pun.. jom la g makan nasik katok ja la kat brunie.. jam 8.30 pagi..ok la kot.. tak pun singgah ja mana2 kedai kat miri ni. ok aku guna google maps cari sungai tujuh.. sbb ni sempadan antaran brunei dgn miri.. lepas gerak dalam 10 minit mcm tu.. aku perasan google maps ni tak nak ikut aku.. dia dah gelong.. so apa lagi gelabah la sekejap..lepas on off dia ok balik.. makluma la guna hp ja..masuk la aku jalan short cut.. lalu taman mana tah... masa situ mmg tak dak kedai makan atau apa2 pun.. taman perumahan ja..ok kami pun teruskan perjalanan. bila kami dah nak sampai dekat jambatan sg tujuh tu.. tetiba en kanda kata.. eh duit belum tukar.. mcm mana nanti kalau tol kena bayar dalam duit brunie.. aku pun ha betul la jugak.. aku cakap depan tu ada town kot. bajet mcm kat sempadan bukit kayu itam dengan danok la kan.. masa tu aku zoom kan maps tu.. skali mcm tak dak deretan kedai pun.. ok nekad! patah balik...

jauh jugak la patah balik pun.. aku tukar duit dekat e-mart. tempat tukar duit bukak jam 10 ya. terpaksa la kami menunggu. tapi jam 10.10 masih belum bukak.. masa tu aku pikir tak kan la nak ke town miri pulak..
last aku tanya org kedai  depan kedai tukar duit tu.. dia ckp.. ha diorg ni mmg lambat sikit... skali.. haaaaa... tu org nya...lega aku.. fuhhhhh bila dia bukak ramai org serbu.. rupanya bukan kami saja yang tgh tunggu. money changer ni betul2 sebelah pintu masuk emart.


tukar jangan tak tukar..

masa kami tukar $ 1 = Rm2.6  



so kami teruskan perjalanan ke brunie.. ok first skali korang akan jumpa tol.tol ni lepas korang dah seberang jambatan sg tujuh. tol ni tol swasta. korang ke bayar Rm10.00 kemudahan apa pun tak ada. aku tak tau apa fungsi tol ni wujud. ok jalan sikit. korang akan jumpa imgresen malaysia. masa ni korang kena cop pasport korang ja.
mmg suny.. mcm tak dak orang. jalan dia mcm pening ja.. kami main ikut kereta depan ja.first impresion aku kat sini.. tempat ni mcm di landa badai ja.. hutan ja.. tak meriah mcm sempadan nak ke thailand.

ok.. lepas cop pasport 
korang akan jumpa pulak imgresen brunie. masa ni korang kena bagi pasport lagi utk cop. lepas tu korang akan jumpa lagi pos imgresn. kali ni korang kena istihar kereta. dia akan bagi borang merah tu.  korang kena parking kereta kat mana2.. sbb nak isi borang tu kan.ok part ni sedih jugak T______T   kami tak ada pen!!! gila ko.. tak kan nak tulis guna eye liner kot... kami masuk la dalam satu opis ni.. bajet dalam tu mcm ada tempat nak isi borang skali tak dak. apa lagi.. terpaksa la pinjam kat abg guard kat pintu tu.. hahaha nasib dia bagi pinjam.. lepas isi tu.. kami antar borang tu dekat post yg bagi borang tu.. kat situ korang ada dapat satu cop. dan borang merah tu korang ambik la simpan.basah ketiak jugak la nak setel hal ni pun.. hahahah..



jambatan sg tujuh

nampak bumbung kuning tu.. ha kat situ la korang kena bayar rm10.00

 borang merah ni.. yang ni mmg korang ambik simpan buat kenang kenangan ya.. 
aku ingat kena bagi balik dekat diorg..


 ok ni la pemandangan selepas korang masuk sempadan brunie
mmg tak ada apa.. hutan kiri kanan ya..


ok.. 
dalam berapa Km korang akan jumpa lagi satu tol.
ini tol brunie ya.. tol ni pun mcm pondok nak bayar paking ja. masa ni korang kena bayar guna duit brunie $3.00 murahnyaaa... kalau convert T_____T 
kalau ikut perancangan kami nak singgah kuala beliat. sbb nak ke tempat macam di cadangkan oleh  http://timetravelafif.blogspot.com tapi skali lagi google maps tak nak ikut..pusing jugak la aku kat kuala beliat tu.. last buat keputusan tak payah pergi la.. singgah time balik nanti..

kami teruskan perjalanan ke bandar sri bagawan..
yer.. jalan dia mcm haighaway ada 2 lane.. masa ni korang akan jumpa mcm2 town tapi tak berapa nak town..bajet jumpa la lomboghini ka ferari ke.. tapi tak ada la pulak.. 
apa yang  kami perasan susah betul nak jumpa orang naik moto. apatah lagi org merempit.
yer la minyak diorang kan 50 sen ja weiii....skali skala ada jugak jalan jem.. kereta banyak.. auta la org yg cakap brunie ni tak jem langsung.. tapi jem dia tak la teruk..sbb kereta banyak.lagipun hari kami pergi hari sekolah. time tu budak balik sekolah mungkin.

ok bila dah sampai nak ke kampung air..
tapi bila kami sampai kami di sambut dengan hujan. masa kami nak sampai ni google maps mmg tak nak ikut kami.. kami main redah ja.. ikut maps dan signbord.
di sbbkan dah hujan.. kami masuk shoping complex. park kereta.kalau korang nak tahu
kampung air,yayasan sultan haji hassanal bolkiah mall,masjid sultan omar ali saifuddin brunei,Muzuim semua berada dalam satu tempat ja. korang boleh park kereta then berjalan ja.sbb dah hujan kami masuk yayasan sultan haji hassanal bolkiah mall konon la shoping la cuci mata.. bagi aku dalam tu mmg tak ramai orang. barang pun mcm out to date.. tapi barang di murah..tapi bila korang convert jadi mahal. seluar levis boleh cecah RM400.00 gila ko...
















ok.. bila dah tak hujan.. kami plan nak nak bot ke kampung air.. masa ni kena pandai tawar menawar,masalahnya aku sendiri pun pun tak tahu harga lantai dan siling so mcm mana aku nak tawar menawar,,, adoii masa sebelum pergi bukan main dah rasa cukup cari maklumat.. skali tak cukup  jugak. last aku dapat $30 untuk pusing kampung air.tak tau la korang dapat berapa..
ok masa dah naik boat tu.. pakcik ni buat tawaran pulak... adoiii..
dia ajak kami pergi tgk monyet sumpahan belanda tu.. dia cakap rugi tak tgk...katanya kalau monyet tu tak muncul tak payah bayar. dia mintak kami bayar $40 utk tgk monyet tu.. kalau monyet tu tak ada bayar $30 saja.. aku dah malas pikir.. so en kanda buat keputusan.. kanda pun malas nak bertekak.. last skali setuju.. 

mcm2 la cerita yang kami dengar dgn pakcik ni.. 
lagi satu pakcik ni asyik suruh aku ambik gambar ja.. katanya buat kenang kenangan,, aku pulak guna kamera hp ja..haha sbb tu kualiti gambar tak lawa...masa tu atas boat tu pakcik tu  da tunjuk istana tak siap. katanya istana tu milik azarina. atas bukit.bila dah cerai ni azarina tak hak la ke atas istana tu...dia cerita lagi dia pencen tentera dapat duit pencen $750 sebulan.mcm2 la lagi dia cerita.tak tercerita plak aku kat sini..ha lagi satu dia ckp sejak diorg mengamalkan hudud ni.. jiran dia dulu free hair skarang dah pakai tudung. dan satu lagi lagi menakotkan aku bot pakcik ni asyik mati ja.. iso aku tak pasai2 kena mendayung pulak...

untuk tgk monyet tu kami perlu pergi tempat yg sedikit jauh dari kampung air. semangat pakcik tu cari monyet tu..akhirnya monyet tu muncul.. so kena la bayar $40. bila convert rasa T______T tapi tak pa la anggap ja lah sedekah kat pakcik tu.
rezeki dia kan.lagipun kalau ke brunei wajib ke kampung air kan.. pujuk ati




balai bomba-pakcik tu kata diorg ni kerja tak dak sbb dah lama tak ada 
kebakaran... hahaha..







cerita dongeng-di ceritakan kaitakn dengan bukit kat blakang tu



sesi mencari monyet

sbb ko muncul la aku kena tambah bayar $10




air dah nak surut...

boat pakcik ni mati lagi....

 istana nurul iman.


lepas selesai melawat kampung air kami ambik kereta dan terus mencari hotel The Capital Residence Suitehotel ni aku tempah kat agoda harga dia $80. murah kan.. bila convert.. ambik kau..200++ tapi hotel ni mmg terbaik la bagi aku.layanan mmg tip top


.








Selesai mandi.. masa utk cari makan.. masa ni kami pergi gadong mall sbb pakcik tu kata area gadong mall ada pasar mlm..harga makanan kat pasar malam tu murah gila air harga $1 kiranya kami $10 pun tak habis. barang diorg mmg murah2 la..murah sangat.
gadong mall ni jauh sikit dari hotel kami








 Muka org lapaq.. hahaha




Jumlah di belanjakan hari ke dua 

tol -Rm10.00
tol -$3.00
makan joblee - $10.00
kampung Air $40.00
Pasar Malam $5.00
Parking di yayasan $3.00

RM-10.00
$61x2.6 = RM158.60
jumlah keseluruhan RM168.60

lepas balik dari pasar malam terus ZzzzZZz...